Mana tidaknya, apabila kita solat secara berjemaah kita boleh merapatkan hubungan silaturahim kita dengan ahli jemaah yang lain. Jika kita tinjau balik, kenapa setiap kali kita nak mulakan solat berjemaah kita akan diingatkan oleh imam untuk rapatkan bahu? Ini kerana Islam hendak mengajarkan bahawa berjemaah itu penting dan saling berhubung bukannya terputus antara umat Islam sendiri.
Selain itu, kita boleh membetulkan bacaan dalam solat kita apabila kita mendengar imam kita membacanya. Tidak semua bacaan kita betul dan tepat belaka, kerana itu kita perlu memperbetulkannya. Tambah-tambah lagi, rukun-rukun qauli seperti surah al-Fatihah, bacaan tahiyat akhir dan sebagainya. Jika salah, maka batallah solat itu. Kita solat kerana inginkan redha Yang Maha Kuasa Allah, bukanlah sekadar melepas batuk ditangga.
Anak-anak didik di SMK Seri Manjung juga diperbetulkan bacaan solat ketika sesi solat Zohor dan Asar secara berjemaah. Mula-mula bacaan agak berterabur tetapi setelah dipraktikkan selama tiga bulan, bacaan mereka semakin lancar dan sebutannya semakin jelas.
Allah telah menjelaskan dalam kitab suci, al-quran tentang tuntutan solat berjemaah ini. Allah berfirman yang maksudnya,
“Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat serta ruku`lah bersama orang-orang yang ruku`” (Al-Baqarah 2 : 43).
Secara am nya, dapat kita faham bahawasanya tuntutan untuk solat secara berjemaah itu adalah penting di sisi Islam. Di samping itu, Allah juga berfirman, maksudnya:
“Dan jika engkau (hadir) bersama mereka, maka dirikanlah bersama mereka solat.” (Al-Nisa’ 4 : 102).
Solat berjemaah ini bukanlah satu amalan yang sepatutnya dipandang remeh oleh masyarakat Islam.
No comments:
Post a Comment