SURAU MUHAMMAD AL-FATIH
SMK SERI MANJUNG 32040 MANJUNG PERAK
Monday, May 23, 2022
Monday, April 25, 2022
Sunday, April 17, 2022
TIGA NASIHAT AS-SYAHID SHEIKH HASSAN AL-BANNA (Nasihat 4-6)
Monday, April 11, 2022
NASIHAT AS-SYAHID SHEIKH HASSAN AL-BANNA (Nasihat 1-3)
(1) قم إلى الصلاة متى سمعت النداء مهما كانت الظروف
1. Apabila
mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan
sekalipun.
(2) أتل القران أو طالع أو استمع أو ذكر الله ولا تصرف جزءا من وقتك في غير فائدة
2. Bacalah
al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan
amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada
memberi faedah.
(3) اجتهد أن تتكلم بالعربية الفصحى فإن ذلك من شعائر الإسلام.
3.
Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu
adalah satu-satunya syiar Islam.
Sunday, April 10, 2022
Sultan Muhammad Al-Fatih, Penakluk Konstantinopel

“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fatih sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fatih dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine
Biodata Sultan Muhamad al-Fatih
Sultan Muhamad al-Fatih dilahirkan pada 27 Rajab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481.
Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad. Baginda menjadikan Adrianopel (Adana) pusat pemerintahan dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel. Dan ketika berusia 21 tahun Sultan Muhamad al Fatih berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah.
Friday, April 8, 2022
Ramadhan Karim
Menjelang bulan Ramadhan, Rasulullah SAW
pernah bersabda:
“Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan, AIlah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat berlomba-lombanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu, kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini.” (HR At-Thabrani)



